Jika u all ada maklumat untuk i sebarkan demi mempertahankan ABATA u all boleh kirimkan melalui email: b2bspa@gmail.com

Monday, September 9, 2013

POsting itu sudah dipadam sambil bercerita sedikit tentang manusia kurang kasih sayang dalam gambar tu.


Salam dan selamat pagi u all semua..

Pagi ni i bagung dengan ceria dan segar sekali sambil bangun buka email dan terjumpa sahabat minta supaya posting berkenaan Ketua Bahagiannya di padamkan dari blog i..

Hehehehe.. tak sangka i ingat takda la orang nak baca tulisan i.. rupanya dalam diam dah ada yang terangkat dan panas bontot.

Walau apapun atas alasan munasabah yang diberikan dalam email i maka dengan baik hatinya i telah padamkan posting itu dan itu tidak bermakna i akan lupakan kerana i bukan jenis macamtu.

Tengokla nasib dia lepasni jadi camana dan i doakan u yang hantar email dan pasukan u akan beroleh kejayaan menentang manusia durjana.

Ok.. habis.

Kat atas tu ada gambar budak-budak yang tidak mendapat kasih sayang seorang ibu..

Mungkin kerana ibunya tidak mengajar mereka bagaimana cara menghormati orang lain dan berterimakasih maka merekamembawa bendera komunis sebagai panji perjuangan mereka.

Mereka ini menjadikan duit dan habuan kuasa sebagai makanan dalam kehidupan dan tidak pernah ada rasa bersalah dalam diri mereka kerana yang lebih penting adalah kuasa dan wang.

Nanti i cerita sikit lepas ni.. i nak buka kedai dulu sebab dah jam 10 sekarang ni.. manalah tahu rezeki i murah hari ni sebab tolong orang.

Byeee..

Thursday, August 22, 2013

KHAIRY JAMALUDDIN JANGAN BUAT DOSA KALI KEDUA, GANTI SEGERA UNGKU SALLEH


Salam raya, agaknya ramai lagi yang sibuk beraya dan yang menjadi mangsa keadaan adalah orang seperti i yang meniaga perniagaan spa ni. Mungkin ramai yang dah berhabis wang ringgit nak beraya dan lepas raya mereka berjimat. Takpa lah.. disebabkan itu, i sentiasa akan ada cerita untuk u all semua. 

So, cerita i hari ni pasal seorang pemimpin hebat di Negeri Selangor... Selangor oh Selangor, nampaknya negeri ini tidak pernah terlepas daripada kontroversi memalukan membabitkan ahli politik.. baik dari Menteri Besarnya yang tertido ketika ditemubual pemberita, hingga ke seorang pemimpin politik yang membelasah anak sendiri dan isterinya hingga cedera dan disabit kesalahan di Mahkamah baru-baru ini. 



Gila kan budak ni?? tapi itulah kisahnya seorang kaki pukul yang juga adalah Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Md. Salleh Ungku Abd. Jamal yang didakwa membelasah ahli keluarganya kerana dikatakan ada kaitan dengan kisah kecurangannya.

i sebenarnya memang pantang pasal pukul-pukul wanita ni sebab i pun wanita dan i dapat rasakan betapa sakitnya bila kita dianiaya seperti itu hanya kerana tidak menurut arahan untuk memenuhi nafsu syaitannya.

Berbalik kepada cerita, Ungku Salleh yang terkenal dengan sifat panas barannya memang sarat dengan masalah. Beliau pernah didakwa melarikan wang peruntukan yang sepatutnya diagihkan kepada semua ketua pemuda di Selangor bagi tujuan penganjuran program.

Ungku Salleh sekali lagi melakukan kesilapan serupa apabila didakwa tidak telus kerana hanya menyerahkan sebahagian sahaja wang peruntukan piliharanya kepada ketua-ketua pemuda di Selangor. Disebabkan tindakan Ungku Salleh itu, kebanyakkan pemuda di bahagian berdepan masalah bagi menggerakkan jentera. 

Dalam sejarah kewujudan pemuda UMNO Selangor. Ramai mengakui bahawa pemuda UMNO Selangor di bawah kepimpinan Ungku Salleh adalah yang terburuk sekali. Ungku Salleh bukan pemimpin yang baik kerana tidak menjalankan tugas sebagai ketua pemuda sewajarnya. 

Tiada program dan rancangan dari otak beliau bagi menggerakkan jentera pemuda dalam menghadapi PRU-13 baru-baru ini.

Justeru itu, tindakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang melantik Ungku Salleh sebagai Ketua Pemuda Selangor adalah dosa besar tidak terampun terhadap rakyat Selangor khasnya ahli pemuda.

ibukannya nak menyibuk tetapi memandangkan Ungku Salleh sedang didakwa di mahkamah kerana membelasah ahli keluarganya. Maka secara automatik-nya, jawatan Ketua Pemuda UMNO Selangor telah kosong.

Kekosongan itu perlu diisi dengan segera!

Inilah peluang dan harapan baru untuk pemuda UMNO Selangor.

i berharap Khairy Jamaluddin jangan mengulangi dan menghampakan hasrat Pemuda UMNO Selangor. Lantiklah seorang pemimpin baru bagi memangku jawatan Ketua Pemuda UMNO Selangor yang telah kosong.

Dan dengan penuh harapan yang tinggi menjulang i amat berharap agar yang akan dilantik itu nanti bukanlah dari kalangan kaki pukul bini macam Ketua Pemuda UMNO Selangor ini.

Tuesday, August 20, 2013

Gila la U all... i pun GANGSTER (Rumah Urut) tapi takda la sampai nak bunuh polis.. kalau tukang urut i mati u all nak buat perarakan tak?


Hebat sungguh negaraku MALAYSIA kerana kematian penjenayah kongsi gelap diraikan sampai sedemikian rupa dan diarak bak perwira negara.

GANGSTER

Siapa Gangster?

Mereka ini adalah golongan manusia yang lain dari masyarakat, mereka lebih kuat dan berani dan kerja mereka lebih kepada menunjukkan kekuatan, mempunyai pengikut, menguasai kawasan dan meraka mendapat pendapatan.

Mereka berkumpulan, merompak, mencuri, peras ugut, rangkaian dadah, penyeludupan, cetak rompak, ugut, bunuh, rogol dan berbagai kegiatan yang tak mampu dilakukan oleh orang biasa.

Mabuk, Disco, Khayal, berseronok dan berhibur akan menjadi pengisi masa lapang dan mereka boleh lakukan apa sahaja yang mereka mahu.

Banyak kongsi gelap dalam negara kita Malaysia yang sampai tak mampu untuk i ingat kerana i bukan gangster tapi apa yang boleh i kongsi mereka ini terbahagi kepada kumpulan satu kaum, kumpulan campur kaum, kumpulan sendiket dadah, pelacuran dan seperti yang i sebutkan di atas tadi.

Jadi, apa yang berlaku baru-baru ini melibatkan sebahagian daripada kumpulan ini dimana 5 orang yang mati ditembak dikatakan adalah suspek kepada pembunuh upahan dan mereka adalah ahli kongsi gelap dan terbukti lihat sendiri dalam gambar.

Menurut cerita, berlaku berbalas tembakan antara pasukan polis dan kumpulan mereka dan kesudahannya mereka berlima tewas.

Kronologi cerita dipendekkan kerana terlalu mudah dan tak payah pakai "mesin kira" atau "Kalkulator" kerana ada berbalas tembakan.


Bagaimana dan apa tujuan orang awam yang dijaga Polis, Tentera dan pasukan keselamatan lain mempunyai senjata api dan berani pula berbalas tindakan dengan polis?

pertama, u all yang tak puas hati jawablah kenapa orang awam ada senjata api yang boleh membunuh?

kedua, kenapa pula pihak Pakatan Pembangkang beria-ia bersengkongkol dengan penjenayah terbabit?

dan ketiga, yang paling menarik mereka diusung diarak bagai satria medan tempuryang mati syahid dan bagaimana pemerintah negeri boleh berdiam diri melihat kumpulan "GANGSTER" bermaharajalela membuat onar mencemarkan imej negeri yang dikatakan hebat dari segala segi itu?

i tidak mahu mengulas tentang polis kerana seperti yang i terangkan itu metematik mudah bila bertempur dengan lawan yang bersenjata dimana satu daripada pasukan itu adalah pasukan keselamatan yang melindungi negara maka apakah status pasukan yang satu lagi? takan pasukan tukang urut macam dalam spa i ni.

untuk sikit "review" pasukan yang menggempur penjenayah terbabbit datangnya dari pasukan (D9) Bukit Aman, Kuala Lumpur dan i nak bagitau u all mereka ini tidak datang suka-suka, jalan-jalan makan angin kalau tanpa maklumat kelas A1 yang terperinci. Contoh mudah mereka terus tembak orang yang nak tembak mereka camana leh kenal dan bila pulak mereka kenal.. hahahah.


Dan terakhir sekali i ucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah kepada abang polis kerana keberanian mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab diamanahkan kepada mereka untuk menjaga negar ini supaya terus aman dan makmur bukan hanya dari tangan penjenayah tetapi dari kalangan pembela sendiri.

ehehehe.. kalau u all nak tau apa yang i maksudkan "PEMBELA" tunggu i tulis pada tulisan yang akan datang dan i nak bagitau u all semua ceritanya memang menarik dan nanti ada yang terasa pedasnya.

OK. ada orang nak urut plak.. so i kena jalankan tugas..

Kepada sesiapa yang tidak puas hati dengan tulisan i kena la promosi Spa B2B i ni sebab kalau takda pelanggan tangan i jadi gatal nak menulis dan kalau langsung takda pelanggan dan i marah lagilah jadi macam-macam yang i tulis... ok bye Abang Polis...

Issshhh...tak sabar-sabar la abang ni nak urut!!! nanti i urut ngan sebuk sili abang punya baru abang tau.. hehehhehe

Oppsss..lupa lak... gambar untuk u all kat bawah.. 04 la geng dia...





Friday, August 16, 2013

Loman Noor Adam penyamun yang diiktiraf dan dijunjung mertabatnya



Haiii...salam pada semua yang masih dalam mood raya. i tahun ni tak berapa nak beraya pasal sibuk dengan bisness dan cawangan baru i.

i ada cerita baru untuk u all malam ni pasal Lokman Noor Adam yang bakal bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ni.

i dengar cerita dia ni dulu barua Anwar Ibrahim yang kononnya pejuang sejati bagi pihakAnwar Ibrahim yang sanggup mati la cam gitu.

Lokman ni dulu bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Keadilan Nasional yang mempertikaikan dana penyangak mata wang Yahudi, George Soros.

Tapi apa yang i nak ceritakan kat sini bukanlah kisah itu tetapi kisah bagaimana dengan mudahnya UMNO mempercayai seorang dan bebrapa orang bekas Ahli PKR yang dulunya pernah melakukan berbagai-bagai perkara yang memalukan parti UMNO itu sendiri.

Lokman pernah membakar bendera UMNO (orang kata k. bukan i kata), maki hamun Tun Dr Mahathir dan berbagai lagi perkara buruk demi mempertahankan Bapa Gay Malaysia.

Tapi hari ini selepas beberapa tahun menyertai UMNO, Lokman terus jadi kaya seperti Azwan Bro (penganggur yang kaya raya), ada motor besar, rumah besar dan semuanya besar hasil daripada wang UMNO yang pernah dikutuknya dulu.

Persoalannya apakah jasa Lokman Nor Adam? berapa ramaikah ahli pidato UMNO yang sudah berjaya seperti pemidato Pakatan Pembangkang?

Tetapi malangnya kerana atau atas sifat kroni akhirnya Lokman Noor Adam yang dahulunya pengkhianat diagung-agungkan dan nak diangkat pula menjadi pemimpin tertinggi dalam barisan kepimpinan pemuda UMNO Pusat.

Dalam parti UMNO ada ribuan malah jutaan pengikut yang setia, pemimpin peringkat bawahan yang bekerja mati-matian untuk mempertahankan parti keramat itu tetapi dimanakah penghargaan untuk mereka?

Cukupkah hanya dengan menjamu mereka makanan dari Restoran Thai yang tak seberapa harganya jika nak dibandingkan dengan penghargaan yang diberikan kepada pengkhianat yang pernah cuba menjahanamkan parti UMNO?

i bukan nak over tapi i nak tanya pada pemimpin tertinggi UMNO, apakah jaminan yang pengkhianat ini tidak akan mengkhianat parti yang menjadikannya kaya ini?

Mereka ni katak (macam Ibrahim Ali) suka suka lompat pasal dah memang sifat dia macam tu dan bukan dia peduli pun apa orang nak kata janji apa yang dia nak dia dapat.

u all pilih dan u all akan dapat apa yang u all pilih. terpulanglah kepada u all semua.

Tuesday, August 13, 2013

@azwanbro Naib Ketua Pemuda yang bakal jahanamkan bangsa Melayu


Hai.. Salam Salam Syawal dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri i.

Sibuk juga beberapa hari ni tapi itu bukan beerti i tak leh nak tulis cerita-cerita menarik tentang penyelewengan golongan elit UMNO dalam blog i ni.

Semalam sambil sembang ngan sahabat spa i dapat pula satu cerita yang tak berapa menarik tentang jutawan muda yang i pernah senaraikan berapa banyak syarikat yang dia ada beberapa minggu lalu.

Azwan Bro seorang jutawan muda yang dikatakan menjadi kaya raya hasil daripada projek-projek UMNO betul ke tidak ni?.

Sahabat i kata Azwan Bro ni punya kerja ialah tukar kulit proposal orang.. tak tau la member i ni kata betul ke tidak tapi bila difikirkan ada juga logiknya.

Kalau tidak bagaimana Azwan Bro boleh jadi director punyalah banyak syarikat kan.

Takpalah itu rezeki dia tapi apa yang menariknya ialah berapa banyakkah wang yang akan Azwan Bro gunakan untuk menang dalam pertandingan merebut jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia?

Kalau saudara-saudari nak tahu tak la banyak sangat wang yang akan dibelanjakan.. cuma dalam anggaran 8 lori sahaja.

hahahaa... jadi apakah persoalannya?..

Persoalannya: bila dah banyak wang yang keluar bagaimana pula nak 'cover' semula wang yang telah dikeluarkan itu?.

seperti yang i tulis dulu, ramai yang kata Azwan Bro ni kaki projek dan buktinya lihatlah sendiri berapa banyak syarikat yang dia ada syer di dalamnya.

Lepas menang jawatan tu nanti Azwan Bro akan bertambah kaya sebab dia akan mintak tolong orang atsan yang memang dah faham kalau bertanding ni memang banyak wang yang habis untuk melobi dan dapatkan projek untuknya.

Apa susah.. syarikat yang dia ada banyak dan dengan itu mudah untuk dia mendapat apa yang dia mahukan iatu projek untuk wang.

Jadi, selepas itu nanti apa akan jadi pada nasib PEMUDA UMNO?

i sebenarnya kesia lihat Pemuda-pemuda UMNO ni.. cuba lihat la sendiri kat kampung-kampung sana apalah yang mereka ni semua ada?

Mereka ini semua hanya dapat makan mewah dan meriah bila ada pertandingan macam ni tapi bila dah habis mereka akan balik ke kehidupan asal dan kalau sebelum tu mereka merempat maka merempatlah jawabnya.

i bukan nak tuduh tetapi inilah hakikatnya apabila pemimpin yang dipilih adalah dari golongan "KAKI PROJEK" dan semetinya mereka akan sibuk dengan rutin harian mereka untuk mencari projek walaupun mereka sudah menjadi pemimpin.

Dimanakah agenda untuk memertabatkan bangsa Melayu?..

Jawapannya: pergi matilah yang penting aku kaya!

i pun orang meniaga jadi i faham rutin orang meniaga jadi mengapa perlu kita memilih pemimpin yang kaki meniaga ini untuk memimpin gerakan bangsa kita?

Bangsa kian musnah dan kita masih memilih untuk meletakkan manusia yang akan menjahanamkan bangsa kita!! untuk apa?

Fikirlah.. i tak rugi apa-apa tapi u all yang akan rugi jika tidak punya apa-apa sebelum bangsa melayu ini hancur kerana kesilapan kita memilih pemimpin yang hanya tahu untuk mencari kekayaan dan tidak memperdulikan nasib anak bangsa.

Friday, August 2, 2013

Noh Omar Terhutang Nyawa Dengan Pegawai Medianya Si Nizam Noz


Selamat malam, sebab i boring malam ni, i nak cerita sikit pasal. Dato' Seri Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjong karang yang dah semakin tua sekarang ni..

Semua orang pun tahu yang Noh Omar akan pertahankan jawatannya di Tanjong Karang sampai dia mati.

Lama sangat dah sebenarnya Noh Omar pegang jawatan tak kira la Ahli Parlimen atau Ketua Bahagian.

i bukan nak persoalkan jasa dan tanggungjawabnya tapi apa yang i rasa nak tegur ialah tentang kroni dan pegawai yang mengelilinginya.

Sebagai contoh, Nizam Noz selaku pegawai media Noh Omar yang dibayar ntah berapa banyak, apa tugasnya?

Nizam bertanggungjawab penuh dalam hal pentadbiran Media Noh Omar hinggakan apa saja yang melibatkan media Noh tak mahu tahu.

Semuanya diserahkan kepada Nizam dan nizam mengaut keuntungan yang banyak dalam hal tersebut.

itu belum dikira dengan blogger yang dibela oleh Nizam yang dibayar puluhan ribu tetapi kesannya langsung tak ada.

Selangor dalam PRU yang lepas tidak boleh diketepikan penglibatan Nizam dalam mengatur gerakan blogger yang kononnya hebat dan terlatih tetapi kesudahannya kalah teruk.

Noh sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor yang dulu harus bertanggungjawab kerana kegagalan untuk memenangi PRU.

Mana blogge hebat yang Nizam aturkan? Mengapa blogger yang terlatih itu gagal mempertahankan Selangor?

Jadi ringkasannya, Noh jika mahu dihormati pada penggal ini tanpa gelaran Menteri harus mengambil kira kebolehan pegawai-pegawainya dalam menjalankan tugas.

Kegagalan mempertahankan jawatan menteri juga merupakan satu sumpahan sial kerana ke kebodohan pegawai dan penasihat Noh dalam percaturannya yang lepas.

Pada percaturan kali ini, sebagai Pengerusi Perhubungan yang baru dilantik dan pada masa yang sama Noh mesti mempertahankan jawatan Ketua bahagian Tanjong Karang, masih berbaloikah pegawai-pegawai dan penasihat itu dipertahNkan.

Samada Noh mahu atau tidak terima padangan ini terpulang dan i tak rugi apa-apa. 

i masih berniaga seperti biasa dan jika Noh menang atau Kalah tak beri kesan pada i.

Itu sajalah i nak berceloteh malam ni... Ngantuk pula rasanya...

So, selamat malam semua.....


Blogger Seks AAKJ Terima Pingat Kedaulatan Negara (P.K.N)



i rasa bertuah sangat hari ni dapat bersama dengan sahabat-sahabat penerima Pingat Kedaulatan Negara (P.K.N) yang disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia.

i tengok dorang yang terima pingat tu rasa bangga sangat sesuai dengan bahaya tugasan yang mereka lakukan walaupun mereka hanya wartawan dan pengamal media.

Tetapi i rasa macam pelik sikit bila i terdengar nama Blogger Azmy Awang Klana Jaya (AAKJ) yang turut menerima pingat tersebut.

i bukan nak pertikai tetapi setahu i la blogger AAKJ ni blogger seks.

Kalau tengok dalam blog dia kalau satu hari takde cerita seks memang tak sah.

Menurut rakan-rakan, dia buat begitu sebab nak naikkan 'ranking' blog dia.

Dan yang paling i tak faham dalam banyak-banyak blogger mengapa dia yang rajin copy & paste dan posting cerita seks ini boleh terpilih untuk tugasan di Lahad Datu.

Bagi i la, perkara seperti ini amat memalukan dan boleh menjejaskan imej Pejabat Perdana Menteri sebagai induk pemerintahan negara.

i sebenarnya kasihan dengan PM yang ntah apa penasihat dan pegawainya buat kerja bila terpaksa memilih blogger seks untuk membuat liputan bagi pihak kerajaan.

Seks itu nikmat.. Seks boleh buat duit & Seks  jadikan blogger terkenal... 

Ok. Selamat berbuka puasa.. Byeee